Kehadiran, cuti, tuntutan, payroll statutori, Borang EA dan KPI — dalam satu sistem, terus dari phone staf. Tak perlu lagi Excel, kertas MC atau group WhatsApp untuk mohon cuti.
Setiap langkah yang biasanya makan masa HR — kini berlaku sendiri dalam sistem.
| Staf | Masuk | Lokasi | Status |
|---|---|---|---|
| Nur Aisyah | 08:02 | HQ | Hadir |
| Hafiz Rahman | 07:41 | HQ | Hadir |
| Siti Mariam | 09:47 | Cawangan | Lewat |
| Amirul Hakim | — | — | Cuti |
| Item | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Gaji kasar | 96,420.00 |
| KWSP (pekerja + majikan) | 23,141.00 |
| PERKESO + SIP | 2,358.30 |
| PCB | 3,912.50 |
| Gaji bersih dibayar | 81,264.15 |
| Pekerja | Pendapatan | PCB | Semakan |
|---|---|---|---|
| Nur Aisyah | 48,600.00 | 1,240.00 | Sedia |
| Hafiz Rahman | 62,400.00 | 2,915.50 | Sedia |
| Siti Mariam | 27,000.00 | 0.00 | Tiada No. cukai |
Dibina untuk cara syarikat Malaysia bekerja — statutori tempatan, cuti umum ikut negeri, dan dwibahasa.
Clock in/out dari phone dengan lokasi. Sokong waktu tetap, flexi dan shift.
Staf mohon dari phone, lampir MC atau resit. Baki dikira automatik.
KWSP, PERKESO, SIP, PCB, HRDF dan zakat dikira automatik. PCB e-PCB boleh dimasukkan manual.
Slip gaji di phone staf, baucar bayaran untuk yuran & insentif, laporan gaji ikut tempoh dan department.
Template KPI ikut jawatan, rekod kerja staf jadi skor, insentif bulanan dan bonus tahunan dikira dan terus masuk payroll.
Memo rasmi bernombor rujukan. Staf tekan “Saya telah baca & faham” — anda tahu siapa belum.
Carta organisasi automatik dari profil staf. Cuti umum ikut negeri dan kalendar syarikat.
Pasang di skrin utama phone macam app biasa — tak perlu App Store. Dwibahasa BM & English.
Ini enjin kiraan yang sama digunakan dalam PERFORMZ. Gerakkan slider — KWSP, PERKESO, SIP dan PCB dikira terus.
Anggaran untuk tujuan demonstrasi, berdasarkan kadar yang digunakan dalam sistem. Sahkan dengan jadual rasmi KWSP, PERKESO dan kalkulator e-PCB LHDN untuk angka sebenar.
Tetapkan sendiri siapa luluskan dan berapa peringkat. Setiap orang hanya boleh bertindak bila tiba giliran mereka, dan semuanya direkod.
Contoh · data dummy
Tukar antara syarikat dalam satu tekan. Pengarah nampak kelulusan dari semua syarikat, laporan gaji boleh digabung untuk seluruh group.
Contoh · data dummy
Muat naik senarai staf dari Excel, termasuk baki cuti dan jumlah terkumpul tahun semasa. Lajur dari sistem HR lain boleh dipadankan masa import.
Akaun pemilik, pengarah dan HR dilindungi kod dari authenticator app.
Staf, ketua, HR, akaun dan pengarah — setiap seorang nampak apa yang perlu sahaja.
Setiap perubahan penting — gaji, cuti, kelulusan — direkod siapa dan bila.
Data di infrastruktur Cloudflare dengan sambungan HTTPS. Notis privasi PDPA disediakan.
Tak perlu. PERFORMZ dibuka dari browser dan boleh dipasang ke skrin utama phone (Android & iPhone) — rupa dan rasa macam app biasa.
Ya. Caruman KWSP, PERKESO, SIP, PCB, HRDF dan zakat dikira automatik setiap bulan. Jika anda guna angka dari e-PCB (MyTax), PCB boleh dimasukkan secara manual untuk staf tertentu.
Boleh. Borang EA (C.P.8A) dijana dari payroll yang telah ditutup. HR boleh semak, ubah angka jika perlu, dan cetak atau simpan sebagai PDF untuk setiap staf.
Boleh. Satu login boleh akses beberapa syarikat dalam group. Pengarah boleh luluskan permohonan dan lihat laporan gaji gabungan untuk semua syarikat.
Muat naik senarai staf melalui fail Excel. Baki cuti dan jumlah terkumpul tahun semasa (gaji, KWSP, PCB) boleh dimasukkan sekali supaya kiraan PCB kekal tepat.
Hanya peranan yang diberi akses payroll — contohnya pemilik, pengarah atau HR yang ditetapkan. Staf hanya nampak slip gaji sendiri.
Daftar syarikat anda, jemput HR dan staf, dan mula clock in esok pagi.